Saturday, 19 November 2011

Kek Marble Cheese Brownies wit Buttercream


Kek ni plak untuk majlis makan hujung tahun sekolah hubby..Saja buat untuk menghabiskan bahan2 yang ada..hehe..Hiasan x cantik sangat sebab agak kelam kabut sikit..Tahun ni adalah tahun terakhir hubby mgajar di sekolah 2..tahun depan dah sekolah lain..Rasa sedih plak sebab semua dah jadi member..Xpelah,ada masa nanti bleh jumpa sambil mamam2 kek...hehehehe...

Neopolitan Blueberry Layered Cake


Cantik tak?..Hehehe...keknya so soft tapi jemnya dah ubah suai sikit ikut citarasa sendiri..kat bawah letak coklat then sebelah atas baru letak jem blueberry..rasanya lagi sedap klu letak coklat...hehehe..kat atas kek ni tengok cam tak cantik tapi bila dipotong,terserlah cantiknya kat dalam..Huhuhu...

Kek Layer Coklat Strawberry wit Fresh Cream


Rindu plak ngan kek ni..hehehe...Kek ni ditempah oleh member rapat sempena majlis perpisahan ngan budak2 Tahun 6..Kira last minit gak membuatnya ni,nasib ok gak..Terima Kasih ya kerana menempah..Dengar2 licin gak kena sapu ngan murid2 berserta guru2..hehehe..Agak tinggi kek ni sebab 5 layer berselang seli dengan coklat&strawberry..


Jom..cuci2 mata jap...hehehe..

Kek Red Velvet wit Cream Cheese


Assalamualaikum...Kembali lagi..hehehe....Lama dah plak tak update blog ni..Hari tu dah buat Red Velvet dalam bentuk cupcakes..Kali ni plak dibuat dalam sebiji kek,besar sikit..Xda apa nak buat,isi masa dengan buat kek la...cuba2 mana yang rasa sedap dipandang..hehehe...Kek ni aku gelar Kek Orang Tua sebab x manis sangat & sesuai dengan golongan orang tua yang x suka manis2 ni...

Monday, 31 October 2011

Marble Cheese Brownies


Macam kuda belang daa..hehehe...First time buat,ingatkan susah..Senang jerr..Rasanya lemak berkrim..Huhuhu..Kredit nak bagi pada KakZu..Dia rajin bab2 kek ni..Mula2 nak buat kek ni cam x yakin,tapi bila dah jadi...Huhuhu..Sukenyerrr...


Suku dah dikebas untuk sendiri,selebihnya hubby bawa kat tempat kerja..Licin terusss..Terima kasih pada Jaja kerana mengorder..hehehe..


Tak cantik potongannya sebab x sabar nak rasa...huhu..Hentam saja la..yang penting rasanya....hehehe

Cheese Cupcakes with Fondant..


Yuhu..baru nak update blog..hehehe...Makasih pada yang order cupcakes ni. Suma 16 biji je,mayb dia nak celebrate ngan famili tersayang..Harap2 dia berpuashatilah hendaknya..Baru nak belajar2 buat guna fondant, jadi buat simple ja la asal menarik..Dalamnya kek cheese atas permintaan customer..Kalau diikutkan dia nak cream tapi memandangkan perjalanan jauh yang memakan masa hampir sehari,terpaksalah diubah deconya...



Thursday, 20 October 2011

Kek Karamel


Lamanya tak update blog ni..I'm sorry..heehehe..takda bahan nak post,tu yang senyap jap. First time buat kek karamel ni. Alhamdulillah jadi juga, walaupun keyakinan 50/50 ja..hehehe...Takut tak jadi,buatla dalam loyang kecik. Balik-balik tengok oven, naik ke tak adunan keknya..setelah sejam dibakar, alhamdulillah dia naik dengan cantiknya..Huhu.. Leganya rasa. Walaupun tengok dari resipinya cam susah, tapi bila dah buat & ikut arahan resipi dengan betul, alhamdulillah menjadi..Dah lama nak buat tapi asyik tertunda sebab tak yakin..Kali ni tahap jeles dah maksimum, nekad nak buat gak..hehehe..



Inilah hasilnya, setelah berusaha walaupun tak yakin pada mulanya..hehehe..Nak dijadikan dessert pun ok gak ni..Kalau nak jadikan kek harijadi pun takde masalah..Apa lagi untuk jadikan kek hantaran..Hias simple je dah cantik..;)

Wednesday, 12 October 2011

Cupcakes Red Velvet With Fresh Cream


Nilah Red Velvet yang jadi  kegemaran ramai tika ini..Sebelum ni tertanya2 gak, apa tarikan pada Red Velvet ni. Nak tau sangat jawapan, try buat sendiri & now dah tau kenapa..Red Velvet ni tak manis sangat & sangat sesuai pada golongan veteran..hehehe..so moist inside..I fall in love with this cake..Kat atas ni baru siap masak & lum hias..Tak sempat nak hias coz dah masuk dalam perut..hehehe...;)


Ini yang dah dihias,simple2 ja..untuk budak2. Nak cari gambar Garfiled tapi x jumpa,Spongebob pun blehlah..Ni dah d touch up ngan fresh cream coklat..Yummy..


Ini dah di upgrade ckit,tambah hiasan kat tepi2..


Hehehe...sebenarnya mode MALAS dah datang, jadi hias simple ja..yang penting rasanya...hehehe...Ada buat lebih jadi yang lain bagi2 kat jiran..Hope they like it..

Sunday, 2 October 2011

Kek Durian With Fresh Cream


Sempena dengan musim durian, teringin plak nak buat kek durian..Selalunya buat kek durian biasa ja. Kali ni nak try buat ala2 cam kat kedai plak. Bermulanya minat ngan kek durian ni apabila adik yang bongsu buat sambutan hari lahir ketika dia time kecik. Hari jadinya jatuh pada musim durian, apa lagi keknya kaya ngan durianlah jawabnya. 
Kek ni buat untuk dimakan sendiri. Asyik buat untuk orang ja, kali ni hentam untuk sendiri plak. Semerbaknya bau bila masak kek ni, wangi satu rumah dibuatnya..Kalau harap nak order dari kedai, confirm mahal punya..baik buat sendiri... Memandangkan sekarang ni kiri,kanan,depan & belakang semua lebih kepada internet, jadi tak timbul masalah nak buat kek...yang penting ada minat..Kita kenalah guna kelebihan yang ada. Rugi kalau tak memanfaatkan ilmu yang ada...hehehe...


Thursday, 22 September 2011

Baking Soda Vs Baking Powder

Baking Soda
Nama lainnya Sodium Bikarbonat (NaHCO3)..Bila baking soda bercampur dengan cecair yang mengandungi asid ia akan mengeluarkan gas karbon dioksida (CO2). Contoh jika dicampurkan dengan cuka ataupun jus lemon ia akan berbuih. Buih tersebut yang mengeluarkan gas karbon dioksida. Begitu juga yang berlaku jika anda menggunakan baking soda dalam resipi. Resipi yang menggunakan baking soda sebagai bahan penaik selalunya akan ada bahan asid yang dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas karbon dioksida yang dapat menolong untuk menaikkan adunan kek tersebut. 
Bahan asid yang terdapat didalam resipi contoh seperti, cuka, jus lemon, tairu dll. Bahan asid ini juga mungkin terlindung seperti dalam madu dan juga gula hangus. Cream of tartar yang selalu kita gunakan untuk membuat Kek Kukus Buah adalah asid kering yang digunakan dalam resipi, ia tidak dapat bertindak balas dengan baking soda melainkan sehingga ada bahan cecair dimasukkan kedalam adunan.

Bila kita membakar menggunakan baking soda, setelah ia bertindak balas, ia akan mengeluarkan gas carbon dioksida dengan cepat. Dan jika adunan kek itu dibiarkan diluar atau jika adunan tepung dipukul terlalu banyak, bahan penaik akan hilang dan akan menghasilkan kek yang mampat. Baking Soda kalau terlebih juga akan memberi rasa yang agak masin dan jika bahan asid tidak cukup untuk bertindak balas dengan baking soda, kek tidak akan naik dengan sempurna dan juga kek akan mempunyai rasa pahit atau seperti ada kandungan sabun didalamnya kerana baking soda ini tidak dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas karbon dioksida..

Baking Powder
Adalah kombinasi baking soda dengan bahan yang lain dan yang paling penting asid kering. Bila baking powder dicampurkan dengan adunan yang mempunyai bahan cecair, asid kering dan baking soda akan bertindak balas dan mengeluarkan gas karbon dioksida. 

Ada beberapa jenis baking powder:-

Single-acting baking powder atau juga dikenali dengan BAKING POWDER ada beberapa jenis asid kering dalam kandungannya.

Tartarate baking powders mengandungi cream of tartar (potassium acid tartarate) dan juga tartaric acid. Ini akan mengeluarkan gas dengan cepat bila ia bertindak balas dengan baking soda bila cecair dimasukkan kedalam adunan, dan adunan tepung mestilah dibakar sebaik ia telah disediakan untuk menghasilkan kek yang sempurna.

Double Acting Baking Powder..Tindak balas yang pertama akan mengeluarkan gas bila baking soda bercampur dengan cecair asid. Tindak balas kedua mengeluarkan gas bila adunan dipanaskan dalam oven. Dari segi bahan penaik tindak balas berlaku dua kali, dan selalu double acting baking powder digunakan untuk membuat kuih pau.

Fondant Aising?????...Gumpaste?????...Apa Bezanya????...

Fondant
Fondant Aising terhasil daripada campuran gula aising, liquid glucose, gelatin, gliserin, air dll. Ia diuli sehingga menjadi doh kental seperti doh pastri yang gebu,berwarna putih & boleh diwarnakan mengikut warna yang dikehendaki..
Ianya bukan hanya digunakan untuk membalut pelbagai jenis kek, malah sesuai juga untuk cupcake. Nama lain bagi fondant ialah sugarpaste, rolled icing, plastic icing & RTR..Kelemahan fondant adalah kasar,mudah berair atau lembab, berminyak, tidak elastic, mengental dengan lebih cepat serta tidak mampu dicanai dengan licin.

Gumpaste
Sesetengah pembuat kek merujuk gumpaste adalah sama dengan Flower paste. Namun, secara klasiknya telah membuktikan bahawa kedua dua doh ini sebenarnya berbeza walaupun tujuannya hampir sama iaitu untuk membuat bunga gula. Gumpaste diperbuat daripada campuraan bahan utama iaitu gula aising dan gelatin serta bahan lain untuk menghasilkan doh yang agak liat serta mudah kering apabila dibentuk. Kebiasaanya, ia tidak mampu dicanai senipis kertas. Ianya mampu menghasilkan gubahan bunga gula yang nampak lebih kasar dan tidak realistic. Gumpaste merupakan doh klasik untuk membuat bunga gula.

Wednesday, 21 September 2011

Tart Nenas..


Nah!..Penuh 1 tempat besar untuk tart nenas ni ja..Berpinar2 mata mengadap tart je..TQ pada yang order hari tu ya..Tahun depan orderlah lagi...hihihi...Tak pernah2 buat tart nenas banyak ni..Fuh!..nasib siap gak tepat pada masanya..;)

Tart Blueberry..


Wah!...Beribu2 lemon...hehehe..Ini adalah Tart Blueberry yang telah ditempah. Ini version pertama punya..Customer minta supaya berlainan design, kita kena lah ikut..Kita layan jerrr..Hampir penuh meja dibuatnya..Fuhhh!...


ini plak version kedua untuk Tart Blueberry..Harap2 customer berpuas hatilah hendaknya yee..

Rainbow Cake or Kek Pelangi..Ala-ala Martha Stewart..


Wah!..Lamanya tak masuk blog..Busy dengan membuat kuih raya ngan menyambut Hari Raya. Sedar tak sedar dah nak abis Hari Raya, tinggal beberapa hari ja lagi..Apa2pun TQ so much pada yang menempah kuih raya tahun ni..Harap2 semuanya berpuas hati dengan rasanya..hehehe..
Ini adalah kek terbaru yang dicuba..TQ so much pada KakZu atas resipinya..Kek ni makan sepotong ja confirm kenyang punya..Walaupun kecil tapi tinggi & tebal..Heran gak pada mulanya,apsal nama kek pelangi/Rainbow Cake...Di luar nampak biasa2 ja kan?..Rupanya isi perutnya kat dalam 2 yang berwarna-warni..X percaya???..Jom tengok...


Amacam isi perutnya???...Patutlah namanya Kek Pelangi. Macam2 warna adaaaa...Ala2 pelangi gitu kan?..Resipi ni dah diubah ckit,minta maaf ya KakZu..hehehe...Setiap warna berlainan rasanya, saja nak bagi variety sikit..Ada rasa Lemon, Oren, Pandan, Peppermint, Strawberry & Blueberry..

Tuesday, 2 August 2011

Biskut Snow Almond

Ramai peminat plak biskut ni..x sangka sungguh..Berbaloi membuatnya..hehehe...hubby pun minat biskut ni. Rasanya so crunchy..ala2 ferrero roche gitu..


Sunday, 31 July 2011

Biskut Almond London with Cheese


Biskut ni dah di upgrade sikit...dah ditambah dengan Parmesan Cheese..Harga bagi 100 biji ialah RM70..maybe agak mahal tapi ada pilihan lain untuk yang murah sedikit..iaitu Biskut Almond London biasa hanya RM55 untuk 100 biji..


Nah!..biskut kegemaran ramai..& my favorite juga..Biskut Tart Nenas..slalunya malas nak buat tapi tahun ni ada kerajinan sikit..kalau jual pun taklah mahal sangat..100 biji RM40 ja..Next..


Ni plak Biskut Tart Strawberi..ingatkan selama ni hanya tart nenas ja yg ada..rupa2nya strawberi pun ada..ketinggalan betul..hehehehe..sapa2 yang berkenan bolehla order tapi around Sandakan la..hehehe..100 biji dengan harga RM40 je...


Tart Blueberi..sapa2 minat blueberi 2 blehla order..hehehe...murah2 je...100 biji RM50..jangan malu2....


Biskut Mazola..dah kecikkan sikit tapi still nampak besar..MMmm..nak buat camna,redha ja la..100 biji RM35..

Saturday, 23 July 2011

Kek Cream Cheese Kembali Lagi


Baru ja buat, teringin nak makan punya pasal..buatlah dalam versi kecik..memandangkan bahan2 pun ada, apa yang ditunggu lagi..hehehe...creamnya still sama cuma di dalamnya diubah sikit...

Inilah bentuknya di dalam...ubah sikit. Letak kek span coklat. Not bad gak, kira berhasil gak lah..Yang pastinya kek ni mandi cheese lah..hehehe...

Monday, 18 July 2011

Puding Roti,Apam Polka Dot & Kek Lumut

Today agak penat sikit but best..sekurang-kurangnya dapatlah mengisi masa yang terluang dengan membuat puding, apam & kek..Itupun sebab ada customer yang order..kalau xde, boring juga..

First time rasa puding ni time kat kg, makcik buat untuk kenduri. Rasa ja...fuh!..mantap!..apa lagi,jangan kasih can konfom minta resipi..Balik dari bercuti,try la buat..sejibik...ooppss!...sebijik like makcik buat..cuma termanis sikitla tapi masih boleh dimaafkan..hehehe...Puding kat atas ni saja buat, nak bagi kat regular customer yang nak buat kenduri arini..Harap2 dia berpuashatilah hendaknya..

 Kat atas ni plak yang dah dipotong & simpan dalam bekas..sambil2 potong tu adalah jugak sekeping dua yang masuk dalam perut..hihihi..Mesti nak rasa kan,manalah tau termaniskah, tawarkah...hihihi...(alasan ja tu)..member hairan kenapa terlebih box time ambik...saja bagi suspen kat dia..kunun2 dia yang order..hahaha...minta maaf ya Yan..siap nak bayar lagi tu..bagi dia bingung kejap...bila dah rasa2 dia bingung sikit, baru cakap yang betul...hehehe...jangan marah Yan,nanti lekas tua...hihihi...

Apam ni plak dah dipelbagaikan rasanya...ada rasa strawberi, blueberi, pandan, oren &...lupa plak apa lagi rasa yang satu tu...hehehe...hah!...rasa peppermint...nasib ingat kembali..TQ Yan kerana order kembali...lain kali order la lagi ye...

Yang ni plak Kek Lumut...masih lum pas bab2 warnanya..tapi xpelah..yang penting RASAnya kan..hehehe...harap2 Yan sekeluarga berpuashatilah hendaknya ye..kalau ok,orderlah lagi...hehee..jangan malu2..Anyway, TQ..

Sunday, 10 July 2011

Perbezaan Antara Mentega & Marjerin


Jom kita kenali perbezaan antara Mentega & Marjerin..selalunya guna ja tapi x berapa tau tentang fungsinya..

Mentega
Ia berasal dari perkataan Portugis iaitu Manteiga. Ia adalah produk tenusu asli yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu & cecair. Mentega terdiri dari lemak mentega,air & protein susu. Pengasingan pepejal mentega akan meghasilkan cecair mentega atau dikenali minyak sapi yang mana merupakan hampir keseluruhannya lemak mentega.
Di negara kita terdapat 2 jenis mentega yang biasa terdapat di pasaraya iaitu mentega tulin (Pure Butter) & mentega lepa susu (Dairy Spread Butter). Contoh mentega tulin  ialah Golden Churn(xleh guna dah sekarang sebab x halal), Tatura, SCS dan lain2. Manakala, mentega lepa susu pulak ialah Buttercup, Butterlite dan lain2. Dari segi harga pulak, mentega tulin lebih mahal kerana mengandungi kandungan lemak susu yang tinggi iaitu sehigga 80% dari kandungan beratnya. Jika kita perhatikan pada kertas bungkusan pada mentega tulin, terdapat perkataan bergaram & x bergaram (salted & unsalted butter).

Marjerin
Marjerin ialah mentega buatan yang diperbuat dari minyak sayur atau minyak haiwan. Ia mengandungi susu saringan, garam & pengemulsi. Marjerin mengandungi lebih banyak lemak berbanding mentega. Ada juga marjerin yang rendah kalori.

Thursday, 7 July 2011

Sukatan Dalam Masakan


Sukatan ni di ambik dari internet sebagai rujukan dalam menyukat bahan-bahan masakan..

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cup = 1 kg(1000gm)

Gula & Mentega 
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm 

Cecair 
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 liter 

Sukatan Cawan ke Gram (oz) 
1 cup Plain Flour = 125gm (4 Oz)
1 cup Self Raising = 125gm (4 Oz)
1 cup Castor Sugar = 250gm (8 Oz) 
1 cup Brown Sugar = 185gm (4 Oz)
1 cup Icing Sugar =125gm (4 Oz)
1 cup Sultana = 125gm (4 Oz)
1 cup Cocoa =125gm (4Oz)
1 cup Walnut = 125gm (4 Oz) 

Isipadu 
1 sudu besar Tepung = 30gm = 1 auns
1 sudu besar Gula = 30gm =1 auns
1 sudu besar Mentega = 30gm = 1 auns
1 sudu besar = 15ml
1 sudu teh = 5ml 
1 liter = 4 1/2 cawan
250ml =1/2 pain 


Suhu Ketuhar 
Amat Panas = 230-240 darjah C
Panas = 200-220 darjah C
          = 400-425 darjah F  
Sederhana = 180-190 darjah C
                 = 350-375 darjah F
Perlahan = 150-170 darjah C
              =300-325 darjah F 


* C = celsius
* F = fahrenheit






Kek Buah


Ni kali kedua or ketiga buat kek ni but lain version..puas hati & sedap..Kek ni boleh dibakar or di kukus..but lagi ok kalau kukus..for me la,lain orang lain citarasanya..Bila kukus plak lamanya nak tunggu masak,kalau ikutkan 4 jam but x sabar punya pasal 3 jam pun hentam ja la..hehehe..


Ni lah akibat kalau x sabar..x cantik bila dipotong..belum sejuk dah dipotong,nak tengok camna tekstur di dalam kononnya..Mmmmm...


Walaupun x cantik gara2 x sabar tapi yang pentingnya rasa tetap mantap..hehehe...

Wednesday, 6 July 2011

Sweet Corn Cake with Cheddar Cheese

Kek ni la yang baru dicuba tadi..2,3 hari lalu ternampak resipi ni kat internet..tengok rupanya cam sedap jadi try buatlah..Tq pada empunya resipi,lupa plak ambik dari sapa..Kek ni simple ja but rasanya cukup memikat..tekstur keknya yang sungguh lembut..Kek ni sangat sesuai dicuba pada individu yang bizi,xde masa..Bahan2 pun simple & membuatnya pun sekejap ja..
Cheddar 2 saja ja letak untuk hiasan..kesian plak nampak kosong ja..hehehe...But, not bad..gandingan dua rasa yang cukup mantap..sangat sesuai untuk dijamu pada tetamu yang datang ke rumah..


Ni yang telah dipotong & sebahagiannya dah masuk perut...x sabar nak rasa sebab baunya yang mengoda..hehehe..

Saturday, 2 July 2011

Jenis-jenis Tepung (Part 2)


Jom kenali pelbagai jenis tepung yang boleh digunakan untuk membuat kuih muih & kek..

Tepung Optima
- Tepung yang mengandungi gula & sesuai untuk kek keju. jika tiada,ianya juga boleh diganti dengan tepung serba guna,tepung jagung & tepung kastad.

Tepung kastad
- mewangikan adunan & membuat adunan kek lebih rapat.

Tepung Glutinous Rice
- ialah tepung pulut & di import dari Thailand. Plastik pembugkusnya lebih kurang dengan tepung beras..Berhati-hati ketika memilih ya...