Thursday 22 September 2011

Fondant Aising?????...Gumpaste?????...Apa Bezanya????...

Fondant
Fondant Aising terhasil daripada campuran gula aising, liquid glucose, gelatin, gliserin, air dll. Ia diuli sehingga menjadi doh kental seperti doh pastri yang gebu,berwarna putih & boleh diwarnakan mengikut warna yang dikehendaki..
Ianya bukan hanya digunakan untuk membalut pelbagai jenis kek, malah sesuai juga untuk cupcake. Nama lain bagi fondant ialah sugarpaste, rolled icing, plastic icing & RTR..Kelemahan fondant adalah kasar,mudah berair atau lembab, berminyak, tidak elastic, mengental dengan lebih cepat serta tidak mampu dicanai dengan licin.

Gumpaste
Sesetengah pembuat kek merujuk gumpaste adalah sama dengan Flower paste. Namun, secara klasiknya telah membuktikan bahawa kedua dua doh ini sebenarnya berbeza walaupun tujuannya hampir sama iaitu untuk membuat bunga gula. Gumpaste diperbuat daripada campuraan bahan utama iaitu gula aising dan gelatin serta bahan lain untuk menghasilkan doh yang agak liat serta mudah kering apabila dibentuk. Kebiasaanya, ia tidak mampu dicanai senipis kertas. Ianya mampu menghasilkan gubahan bunga gula yang nampak lebih kasar dan tidak realistic. Gumpaste merupakan doh klasik untuk membuat bunga gula.

No comments: