Sempena dengan musim durian, teringin plak nak buat kek durian..Selalunya buat kek durian biasa ja. Kali ni nak try buat ala2 cam kat kedai plak. Bermulanya minat ngan kek durian ni apabila adik yang bongsu buat sambutan hari lahir ketika dia time kecik. Hari jadinya jatuh pada musim durian, apa lagi keknya kaya ngan durianlah jawabnya.
Kek ni buat untuk dimakan sendiri. Asyik buat untuk orang ja, kali ni hentam untuk sendiri plak. Semerbaknya bau bila masak kek ni, wangi satu rumah dibuatnya..Kalau harap nak order dari kedai, confirm mahal punya..baik buat sendiri... Memandangkan sekarang ni kiri,kanan,depan & belakang semua lebih kepada internet, jadi tak timbul masalah nak buat kek...yang penting ada minat..Kita kenalah guna kelebihan yang ada. Rugi kalau tak memanfaatkan ilmu yang ada...hehehe...
No comments:
Post a Comment