Sunday 31 July 2011

Biskut Almond London with Cheese


Biskut ni dah di upgrade sikit...dah ditambah dengan Parmesan Cheese..Harga bagi 100 biji ialah RM70..maybe agak mahal tapi ada pilihan lain untuk yang murah sedikit..iaitu Biskut Almond London biasa hanya RM55 untuk 100 biji..


Nah!..biskut kegemaran ramai..& my favorite juga..Biskut Tart Nenas..slalunya malas nak buat tapi tahun ni ada kerajinan sikit..kalau jual pun taklah mahal sangat..100 biji RM40 ja..Next..


Ni plak Biskut Tart Strawberi..ingatkan selama ni hanya tart nenas ja yg ada..rupa2nya strawberi pun ada..ketinggalan betul..hehehehe..sapa2 yang berkenan bolehla order tapi around Sandakan la..hehehe..100 biji dengan harga RM40 je...


Tart Blueberi..sapa2 minat blueberi 2 blehla order..hehehe...murah2 je...100 biji RM50..jangan malu2....


Biskut Mazola..dah kecikkan sikit tapi still nampak besar..MMmm..nak buat camna,redha ja la..100 biji RM35..

Saturday 23 July 2011

Kek Cream Cheese Kembali Lagi


Baru ja buat, teringin nak makan punya pasal..buatlah dalam versi kecik..memandangkan bahan2 pun ada, apa yang ditunggu lagi..hehehe...creamnya still sama cuma di dalamnya diubah sikit...

Inilah bentuknya di dalam...ubah sikit. Letak kek span coklat. Not bad gak, kira berhasil gak lah..Yang pastinya kek ni mandi cheese lah..hehehe...

Monday 18 July 2011

Puding Roti,Apam Polka Dot & Kek Lumut

Today agak penat sikit but best..sekurang-kurangnya dapatlah mengisi masa yang terluang dengan membuat puding, apam & kek..Itupun sebab ada customer yang order..kalau xde, boring juga..

First time rasa puding ni time kat kg, makcik buat untuk kenduri. Rasa ja...fuh!..mantap!..apa lagi,jangan kasih can konfom minta resipi..Balik dari bercuti,try la buat..sejibik...ooppss!...sebijik like makcik buat..cuma termanis sikitla tapi masih boleh dimaafkan..hehehe...Puding kat atas ni saja buat, nak bagi kat regular customer yang nak buat kenduri arini..Harap2 dia berpuashatilah hendaknya..

 Kat atas ni plak yang dah dipotong & simpan dalam bekas..sambil2 potong tu adalah jugak sekeping dua yang masuk dalam perut..hihihi..Mesti nak rasa kan,manalah tau termaniskah, tawarkah...hihihi...(alasan ja tu)..member hairan kenapa terlebih box time ambik...saja bagi suspen kat dia..kunun2 dia yang order..hahaha...minta maaf ya Yan..siap nak bayar lagi tu..bagi dia bingung kejap...bila dah rasa2 dia bingung sikit, baru cakap yang betul...hehehe...jangan marah Yan,nanti lekas tua...hihihi...

Apam ni plak dah dipelbagaikan rasanya...ada rasa strawberi, blueberi, pandan, oren &...lupa plak apa lagi rasa yang satu tu...hehehe...hah!...rasa peppermint...nasib ingat kembali..TQ Yan kerana order kembali...lain kali order la lagi ye...

Yang ni plak Kek Lumut...masih lum pas bab2 warnanya..tapi xpelah..yang penting RASAnya kan..hehehe...harap2 Yan sekeluarga berpuashatilah hendaknya ye..kalau ok,orderlah lagi...hehee..jangan malu2..Anyway, TQ..

Sunday 10 July 2011

Perbezaan Antara Mentega & Marjerin


Jom kita kenali perbezaan antara Mentega & Marjerin..selalunya guna ja tapi x berapa tau tentang fungsinya..

Mentega
Ia berasal dari perkataan Portugis iaitu Manteiga. Ia adalah produk tenusu asli yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu & cecair. Mentega terdiri dari lemak mentega,air & protein susu. Pengasingan pepejal mentega akan meghasilkan cecair mentega atau dikenali minyak sapi yang mana merupakan hampir keseluruhannya lemak mentega.
Di negara kita terdapat 2 jenis mentega yang biasa terdapat di pasaraya iaitu mentega tulin (Pure Butter) & mentega lepa susu (Dairy Spread Butter). Contoh mentega tulin  ialah Golden Churn(xleh guna dah sekarang sebab x halal), Tatura, SCS dan lain2. Manakala, mentega lepa susu pulak ialah Buttercup, Butterlite dan lain2. Dari segi harga pulak, mentega tulin lebih mahal kerana mengandungi kandungan lemak susu yang tinggi iaitu sehigga 80% dari kandungan beratnya. Jika kita perhatikan pada kertas bungkusan pada mentega tulin, terdapat perkataan bergaram & x bergaram (salted & unsalted butter).

Marjerin
Marjerin ialah mentega buatan yang diperbuat dari minyak sayur atau minyak haiwan. Ia mengandungi susu saringan, garam & pengemulsi. Marjerin mengandungi lebih banyak lemak berbanding mentega. Ada juga marjerin yang rendah kalori.

Thursday 7 July 2011

Sukatan Dalam Masakan


Sukatan ni di ambik dari internet sebagai rujukan dalam menyukat bahan-bahan masakan..

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cup = 1 kg(1000gm)

Gula & Mentega 
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm 

Cecair 
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 liter 

Sukatan Cawan ke Gram (oz) 
1 cup Plain Flour = 125gm (4 Oz)
1 cup Self Raising = 125gm (4 Oz)
1 cup Castor Sugar = 250gm (8 Oz) 
1 cup Brown Sugar = 185gm (4 Oz)
1 cup Icing Sugar =125gm (4 Oz)
1 cup Sultana = 125gm (4 Oz)
1 cup Cocoa =125gm (4Oz)
1 cup Walnut = 125gm (4 Oz) 

Isipadu 
1 sudu besar Tepung = 30gm = 1 auns
1 sudu besar Gula = 30gm =1 auns
1 sudu besar Mentega = 30gm = 1 auns
1 sudu besar = 15ml
1 sudu teh = 5ml 
1 liter = 4 1/2 cawan
250ml =1/2 pain 


Suhu Ketuhar 
Amat Panas = 230-240 darjah C
Panas = 200-220 darjah C
          = 400-425 darjah F  
Sederhana = 180-190 darjah C
                 = 350-375 darjah F
Perlahan = 150-170 darjah C
              =300-325 darjah F 


* C = celsius
* F = fahrenheit






Kek Buah


Ni kali kedua or ketiga buat kek ni but lain version..puas hati & sedap..Kek ni boleh dibakar or di kukus..but lagi ok kalau kukus..for me la,lain orang lain citarasanya..Bila kukus plak lamanya nak tunggu masak,kalau ikutkan 4 jam but x sabar punya pasal 3 jam pun hentam ja la..hehehe..


Ni lah akibat kalau x sabar..x cantik bila dipotong..belum sejuk dah dipotong,nak tengok camna tekstur di dalam kononnya..Mmmmm...


Walaupun x cantik gara2 x sabar tapi yang pentingnya rasa tetap mantap..hehehe...

Wednesday 6 July 2011

Sweet Corn Cake with Cheddar Cheese

Kek ni la yang baru dicuba tadi..2,3 hari lalu ternampak resipi ni kat internet..tengok rupanya cam sedap jadi try buatlah..Tq pada empunya resipi,lupa plak ambik dari sapa..Kek ni simple ja but rasanya cukup memikat..tekstur keknya yang sungguh lembut..Kek ni sangat sesuai dicuba pada individu yang bizi,xde masa..Bahan2 pun simple & membuatnya pun sekejap ja..
Cheddar 2 saja ja letak untuk hiasan..kesian plak nampak kosong ja..hehehe...But, not bad..gandingan dua rasa yang cukup mantap..sangat sesuai untuk dijamu pada tetamu yang datang ke rumah..


Ni yang telah dipotong & sebahagiannya dah masuk perut...x sabar nak rasa sebab baunya yang mengoda..hehehe..

Saturday 2 July 2011

Jenis-jenis Tepung (Part 2)


Jom kenali pelbagai jenis tepung yang boleh digunakan untuk membuat kuih muih & kek..

Tepung Optima
- Tepung yang mengandungi gula & sesuai untuk kek keju. jika tiada,ianya juga boleh diganti dengan tepung serba guna,tepung jagung & tepung kastad.

Tepung kastad
- mewangikan adunan & membuat adunan kek lebih rapat.

Tepung Glutinous Rice
- ialah tepung pulut & di import dari Thailand. Plastik pembugkusnya lebih kurang dengan tepung beras..Berhati-hati ketika memilih ya...

Jenis-jenis Tepung (Part 1)


Jom kenali pelbagai jenis tepung yang  boleh digunakan untuk membuat kuih muih & kek..

Tepung High Protein (Tepung Roti)
- kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
- mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri/Tepung Kek (Self Raising Flour)
- kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
- Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan, sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
- Mempunyai pelbagai jenis jenama seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
- lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Hoen Kwee
- di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.