Thursday 30 August 2012

Salam Aidilfitri Buat Semua...

Assalamualaikum...Wah!..lamanya tak update blog ni..minta maaflah bebanyak, sibuk sangat menangani tempahan yang byk..banyak gak gambar yang tak masuk blog ni..Takpe, pelan2 kita masukkan..Tak menang tangan dibuatnya tahun ni ngan tempahan yang mencurah2 masyuk..Alhamdulillah rezeki dilimpahkan Olehnya buat kita..
Tahun ni terpaksa handle sorang buat kuih/biskut raya..tahun lalu adalah pembantu sorang tapi tahun ni dia takde..dah keja dah..Mau tak mau terpaksa handle sendiri ngan dibantu oleh husband..Nasiblah husband ringan tangan nak membantu..Alhamdulillah suma order siap tepat pada masanya..Tahun ni ramai sikit customer baru..Ada gaklah yang merungut tak tahu lebih awal bisnis kita ni..minta maaflah bebanyak..Bukan taknak bagitau cuma tak sangka ja ada sambutan yang baik..Lagipun segan sikitlah, maklumlah masih amatur lagi..Lagipun aktiviti membuat kuih, biskut ngan kek ni hanya sekadar mengisi masa lapang..Belajar pun dari internet ja..Nak ikut klas,mahal plak..Terpaksa belajar sendiri..
Tak sangka gak dalam masa 2 tahun, sambutan agak memberansangkan..semua atas sokongan rakan2..Terima kasih banyak2..InsyaAllah segala kekurangan akan diperbaiki dari masa ke semasa agar semua berpuashati..
Di bulan yang mulia ni kita nak minta maaflah pada pengunjung2 blog kita ni jika ada tersalah bahasa atau ayat yang kurang menyenangkan..Maklumlah kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan..sama2lah kita saling bermaaf2n agar hidup lebih diberkati OlehNya..Amin..

No comments: