Friday, 31 August 2012

Tempahan Biskut Raya 2012



Inilah antara tempahan yang mampu ditunaikan sepanjang bulan puasa yang lalu..memandangkan takda pembantu, maka terpaksalah jumlah tempahan dihadkan..minta maaflah kepada sesiapa yang tempahannya tak dapat ditunaikan..kepada yang menempah tu , harap2 berpuas hatilah hendaknya..minta maaf andai ada yang terkurang..hehehe...

Kek Lumut Mini



Atas permintaan customer baru, dibuatkanlah kek lumut mini ni..maklumlah bujang katakan, nak order besar nanti tak abis plak kan..tu yang order kecik ja..bila ditengok comel plak bila buat dalam bentuk mini..hehehe..sejak dibuat dalam bentuk mini ni,ramai plak yang tempah..senang dan jimatlah katakan..terima kasih pada yang sudi menempah kek ni..;)

Kek Coklat Moist Lagi



Nah!..skali membuat kek coklat moist, malar membuat terus..kek ni ditempah oleh anak murid hubby yang nak celebrate besday kat sekolah..siap demand lagi..hahaha...tapi takpelah untuk budak2 juga..berfikir gak nak hias camna, maklumlah untuk budak pompuan kan..kena ada bunga2an la, kumbang2..
Kek ni ditempah sebelum puasa lagi tapi bizi memanjang menyebabkan lambat diuploadkan ke blog..Baru sekarang dapat update blog..minta maaflah andai yang mengikuti blog ni, lama takde cite baru..hehehe...I'm Sorry...Perlahan2 akan diupload gambar2 yang diambil kelak..hehehe...

Thursday, 30 August 2012

Kek Coklat Moist 4 Someone Special


Kek ni ditempah oleh customer baru..member hubby yang sambut hari jadi..isterinya nak buat surprise kat suami tersayang..Dia nak bentuk LOVE..Berfikir gak ni camna nak hias, maklumlah benda2 special ni kena special gaklah deconya..Bentuk LOVEnya tak nampak sangat sebab dah dihias, kira nampak sikit ja la..Apa2pun surprise si isteri menjadi untuk suami tersayang..Terima Kasih to Nadia..;)



Salam Aidilfitri Buat Semua...

Assalamualaikum...Wah!..lamanya tak update blog ni..minta maaflah bebanyak, sibuk sangat menangani tempahan yang byk..banyak gak gambar yang tak masuk blog ni..Takpe, pelan2 kita masukkan..Tak menang tangan dibuatnya tahun ni ngan tempahan yang mencurah2 masyuk..Alhamdulillah rezeki dilimpahkan Olehnya buat kita..
Tahun ni terpaksa handle sorang buat kuih/biskut raya..tahun lalu adalah pembantu sorang tapi tahun ni dia takde..dah keja dah..Mau tak mau terpaksa handle sendiri ngan dibantu oleh husband..Nasiblah husband ringan tangan nak membantu..Alhamdulillah suma order siap tepat pada masanya..Tahun ni ramai sikit customer baru..Ada gaklah yang merungut tak tahu lebih awal bisnis kita ni..minta maaflah bebanyak..Bukan taknak bagitau cuma tak sangka ja ada sambutan yang baik..Lagipun segan sikitlah, maklumlah masih amatur lagi..Lagipun aktiviti membuat kuih, biskut ngan kek ni hanya sekadar mengisi masa lapang..Belajar pun dari internet ja..Nak ikut klas,mahal plak..Terpaksa belajar sendiri..
Tak sangka gak dalam masa 2 tahun, sambutan agak memberansangkan..semua atas sokongan rakan2..Terima kasih banyak2..InsyaAllah segala kekurangan akan diperbaiki dari masa ke semasa agar semua berpuashati..
Di bulan yang mulia ni kita nak minta maaflah pada pengunjung2 blog kita ni jika ada tersalah bahasa atau ayat yang kurang menyenangkan..Maklumlah kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan..sama2lah kita saling bermaaf2n agar hidup lebih diberkati OlehNya..Amin..