Friday 4 May 2012

Acara Marathon Dalam Sehari


Assalamualaikum semua..Minta maaflah lama tak update blog ni..tgh bizi dengan aktiviti terbaru..hehehe..Aktiviti membuat breakfast utk hubby ngan member2nya..jual secara kecil-kecilan..nak kata sedap tu taklah sangat,cukup2 makan ja..Awal pagi dah nak kena bangun untuk sediakan apa yang patut..
Selain itu, masi gak terima tempahan untuk membuat kek & kuih muih..Alhamdulillah, semua rezeki dari Tuhan..Tak lama lagi Hari Guru bakal tiba, sapa yang celebrate Hari Guru tu jangan malu & segan nak order kek ya..hehehe..(sempat lagi promosi ni..hihihi)..
Gambar di atas tu adalah gambar minggu lalu..dalam sehari kena buat 4 jenis produk..dari siang sampai ke malam membuatnya..Macam acara marathon dah rupanya..hehehe..kerana customer dilaratkan jua..bukan orang lain, member sendiri gak..Produk kat atas tu dimiliki oleh 2 orang..kek cream cheese tu member hubby punya order untuk wife tersayang katanya..produk selebihnya tu member sekampung punya..katanya nak buat sedekah..kalau ok, janga segan order lagi ye..hihihi..

No comments: