Baking Soda
Nama lainnya Sodium Bikarbonat (NaHCO3)..Bila baking soda bercampur dengan cecair yang mengandungi asid ia akan mengeluarkan gas karbon dioksida (CO2). Contoh jika dicampurkan dengan cuka ataupun jus lemon ia akan berbuih. Buih tersebut yang mengeluarkan gas karbon dioksida. Begitu juga yang berlaku jika anda menggunakan baking soda dalam resipi. Resipi yang menggunakan baking soda sebagai bahan penaik selalunya akan ada bahan asid yang dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas karbon dioksida yang dapat menolong untuk menaikkan adunan kek tersebut.
Bahan asid yang terdapat didalam resipi contoh seperti, cuka, jus lemon, tairu dll. Bahan asid ini juga mungkin terlindung seperti dalam madu dan juga gula hangus. Cream of tartar yang selalu kita gunakan untuk membuat Kek Kukus Buah adalah asid kering yang digunakan dalam resipi, ia tidak dapat bertindak balas dengan baking soda melainkan sehingga ada bahan cecair dimasukkan kedalam adunan.
Bila kita membakar menggunakan baking soda, setelah ia bertindak balas, ia akan mengeluarkan gas carbon dioksida dengan cepat. Dan jika adunan kek itu dibiarkan diluar atau jika adunan tepung dipukul terlalu banyak, bahan penaik akan hilang dan akan menghasilkan kek yang mampat. Baking Soda kalau terlebih juga akan memberi rasa yang agak masin dan jika bahan asid tidak cukup untuk bertindak balas dengan baking soda, kek tidak akan naik dengan sempurna dan juga kek akan mempunyai rasa pahit atau seperti ada kandungan sabun didalamnya kerana baking soda ini tidak dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas karbon dioksida..

Baking Powder
Adalah kombinasi baking soda dengan bahan yang lain dan yang paling penting asid kering. Bila baking powder dicampurkan dengan adunan yang mempunyai bahan cecair, asid kering dan baking soda akan bertindak balas dan mengeluarkan gas karbon dioksida.
Ada beberapa jenis baking powder:-
Single-acting baking powder atau juga dikenali dengan BAKING POWDER ada beberapa jenis asid kering dalam kandungannya.
Tartarate baking powders mengandungi cream of tartar (potassium acid tartarate) dan juga tartaric acid. Ini akan mengeluarkan gas dengan cepat bila ia bertindak balas dengan baking soda bila cecair dimasukkan kedalam adunan, dan adunan tepung mestilah dibakar sebaik ia telah disediakan untuk menghasilkan kek yang sempurna.
Double Acting Baking Powder..Tindak balas yang pertama akan mengeluarkan gas bila baking soda bercampur dengan cecair asid. Tindak balas kedua mengeluarkan gas bila adunan dipanaskan dalam oven. Dari segi bahan penaik tindak balas berlaku dua kali, dan selalu double acting baking powder digunakan untuk membuat kuih pau.