Halu..Jom kita layan sejenak tentang sejarah Cupcakes or Kek cawan..Semakin popular dah kek cawan ni tapi kita x tau asal usulnya dari mana. Sama2 kita belajar ok...
Kek Cawan dicipta pada abad yang ke-19 di Amerika Syarikat. Ianya dieja dengan 2 nama iaitu 'cup cake' & 'cupcake'.. Digelar kek cawan kerana bentuk & ukurannya lebih kurang sama dengan cawan. Di Eropah, kek cawan dipanggil juga dengan gelaran Kek Pari-pari. Kononnya, saiz kek tersebut dikatakan sesuai untuk santapan majlis keraian si Pari2. Ilham membuat kek cawan ini muncul bagi memenuhi keperluan masyarakat pada waktu itu yang mahukan santapan pemanis mulut dinikmati dengan sekali suapan sahaja. Ia juga menyenangkan para penganjur kerana ia tidak memerlukan piring & sudu..selepas makan,cawan kertas boleh dibuang selepas digunakan.
Resipi kek cawan ditulis sebagai 1234 merujuk empat adunan asas dengan kuantiti sama banyak iaitu mentega, gula, telur dan tepung. Di Amerika Syarikat, sejarah moden kek cawan bermula pada 1996 iaitu antara hidangan istimewa Kedai Kek Magnolia bertempat di Greenwich Village, New York..;)
No comments:
Post a Comment