Jom kita layan sejarah Kek Lapis Sarawak..Dulu pembuatan kek lapis hanyalah hobi di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu ketika menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang ini pasti membeli kek itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang.
Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an. Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik. Kelebihan kek lapis Sarawak ialah motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, disamping teksturnya yang lembap namun pejal. Ianya bukan hanya sesuai dihidang semasa perayaan malah juga sesuai untuk hantaran pertunangan, hantaran perkahwinan, hadiah dsbnya..