Para peminat setia keju@cheese, tak lengkap rasanya tanpa mengenali jenis-jenis keju yang ada di pasaran ketika ini..Sebut saja keju@cheese,semua mengenalinya..tak kira kanak2 ataupun yg dewasa..Jom kita kenali keju yang menjadi kegemaran anda..
Terdapat pelbagai jenis keju & ia dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Soft Cheese & Hard Cheese..Soft Cheese meliputi Ricotta Cheese & Cream Cheese..
Cream Cheese
Ia diperbuat daripada heavy/light cream yang dicampur ragi sehingga ia menjadi cream..teksturnya halus & berwarna putih kekuningan.
Ricotta Cheese (cari yang ada tanda halal ya..)
Asalnya adalah dari air dadih sisa pembuatan keju lain..Air dadih tersebut dipanaskan pada suhu 70-80 darjah celsius..ia mempunyai warna seputih salji dan teksturnya yang lembut & agak rapuh..
Hard Cheese pulak merangkumi Parmesan, Cheddar, Mozarella dll..Secara umumnya, hard cheese adalah keju yang boleh diparut & dipotong2..Manakala Soft Cheese pulak yang lembut & dikaut menggunakan senduk..
Parmesan Cheese
Parmesan atau nama aslinya Parmiggiano adalah sejenis keju keras yang terkenal dari Parma, sebuah kota di Itali..Kandungan lemaknya sekitar 61%..Berwarna kuning muda & usianya sekitar 2-3 tahun..Aromanya sedikit tajam kerana pemerapan selama 14 bulan hingga 4 tahun..
Cheddar
Keju Cheddar telah wujud sejak tahun 1170..Mempunyai tekstur yang sedikit keras 7 diperbuat dari susu lembu & berwarna kuning pucat..Daerah asal keju ini adalah dari Cantal, Perancis..
Mozarella
Ia pertama kali dibuat berdekatan Naples, Italia...Mozarella adalah keju Italia yang dibuat dengan cara diputar & dipotong..ini kerana dalam bahasa Italia, mozzare bermaksud memotong..ia diperbuat dari susu kerbau..Teksturnya yang lembut & berkadar air yang tinggi..umumnya ia berwarna putih, namun terdapat warna kuning terang..warna ini bergantung pada pemakanan kerbau tersebut..